Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung Laman Blog Pusat Sumber SMKLG. Semoga semua warga SMKLG khususnya dan juga warga siber amnya memperoleh maklumat bermanfaat daripada laman ini. Terima kasih.


Sejarah Penubuhan PSS

Pusat sumber sekolah telah ditubuhkan pada tahun 1971 yang mempunyai sebuah bilik kelas di Blok Ilmu tingkat satu. Bilik ini hanya dapat menampung kira-kira 40 orang murid. Kini bilik tersebut telah dijadikan pejabat sekolah. Kemudian Pusat Sumber Sekolah telah berpindah ke tingkat satu Blok Bakti. Bilik ini juga boleh menampung jumlah pelajar yang sama. Pada permulaannya unit-unit PSS yang lain tidak ada.

Walaupun dengan hanya sebuah bilik, Pusat Sumber Sekolah telah memenangi beberapa anugerah seperti :
1996 – Anugerah Tempat Ketiga Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Gred B
1996 – Anugerah Sagu hati Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Gred B peringkat negeri
1998 – Anugerah Juara Pusat Sumber Sekolah Gred B
1999 – Anugerah Juara Pusat Sumber Sekolah Gred B Peringkat PPD
2000 – Anugerah Juara PUsat Sumber Sekolah Gred B
Selepas tahun 2000 pengredan telah berubah.

Pusat Sumber Sekolah telah dinaik taraf setelah kehadiran Tn. Pengetua, Tn. Hj. Mohamad bin Yang. Dari sebuah bilik telah jadikan dua bilik sehinggalah sekarang, PSS terdiri daripada
- dua bilik perpustakaan
- satu bilik APD
- satu bilik PAK
 - satu bilik (BBM dan bilik guru)

Pada tahun 2007, Perpustakaan SMK Long Gafar telah mendapat tempat kelima dalam pertandingan Perpustakaan peringkat Negeri Kelantan anjuran PUSTAKA. Dan tahun 2007 juga PSS ini menjadi pilihan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan memberi perkhidmatan dalam Program Khidmat Bantu PSS oleh BTPN.

Selain itu, PSS ini juga menjadi pengelola bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan bagi Pertandingan Jejak Maklumat peringkat Negeri Kelantan pada tahun 2008. Bagaimanapun pada tahun 2009, oleh kerana kekangan bilik darjah/kelas, bilik APD digunakan oleh kelas 5 Sains 1 menjadi kelas terapung manakala kelas 5 Sains 2 menggunakan bilik PAK . Kedua-dua bilik tersebut masih berfungsi dengan menggunakan jadual yang ditetapkan.