Ketua
- Memastikan keadaan disiplin pelajar dalam keadaan yang terkawal
- Memastikan Pengawas yang bertugas pada hari berkenaan menjalankan tugas mereka dengan sempurna dan mencatitkannya ke dalam Buku Laporan yang disediakan.
- Mengutip segala bentuk penerimaan kewangan dan memberikan kepada guru untuk dimasukkan ke dalam akaun
- Mengambil alih tugas Pengawas Perpustakaan yang tidak dapat menghadirkan diri untuk bertugas pada hari berkenaan.
- Memastikan perpustakaan dibuka dan ditutup pada masanya.
- Mengikut dan menjalankan arahan yang diberikan oleh guru PSS
Penolong Ketua
- Mengambil alih semua tugasan apabila ketua tiada
- Membantu Ketua dalam menjalankan tugasnya
- Mengikut dan menjalankan arahan yang diberi oleh AJK Pengawas dari masa ke semasa.
Susun Buku
- Memastikan buku-buku disusun dengan betul di dalam rak mengikut:-
- Tulang buku menghadap keluar agar tajuk buku mudah dibaca oleh pengguna
- Hanya buku-buku yang mempunyai No Pengkelasan yang sama diletakkan di dalam rak yang mewakili nombor pengkelasan berkenaan (Perhatian:- Buku-buku yang mempunyai nombor pengkelasan yang berbeza hendaklah diletakkan di rak yang mewakili nombor pengkelasan buku berkenaan).
- Menyemak buku-buku agar mempunyai nombor pengkelasan yang betul mengikut Sistem Dewey.
- Menggunakan daya kreativiti masing-masing menyusun buku yang berlainan saiz agar rak kelihatan kemas dan menarik.
- Memastikan rak sentiasa kemas, menarik dan teratur
- Menghantar buku-buku yang rosak di rak ke Bilik Kerja PSS untuk baikpulih.
- Mengambil buku-buku yang berada di kaunter pinjaman/ pemulangan untuk di susun di dalam rak.
Kaunter
- Merekod pinjaman dan pemulangan buku-buku dengan betul.
- Merekodkannya ke dalam komputer.
- Memastikan pinjaman dibuat dengan betul iaitu Kad Putih untuk buku-buku di rak luar.
- Memungut denda dengan betul iaitu 20 sen untuk setiap hari yang terlewat hantar bagi buku fiksyen dan 50 sen bagi buku rujukan dan merekodkan kutipan.
- Memungut bayaran pembelian kad oleh pelajar iaitu RM2.00 untuk setiap keping kad dan merekodkan kutipan.
- Memastikan pelajar hanya memiliki satu kad perpustakaan.
- Menyemak kad-kad pinjaman pelajar untuk merekodkan kelewatan agar tindakan segera dapat diambil iaitu dengan menghantar memo ‘ hantar lewat’ kepada pelajar berkenaan.
- Memastikan buku-buku disusun dengan rapi dalam almari ‘red-spot’
Keceriaan / Kebersihan
- Memastikan kebersihan di perpustakaan berada pada tahap maksima iaitu lantai tidak ada sampah, tingkap tidak berhabuk, siling tidak mempunyai sarang labah-labah.
- Memastikan susunan di ruangan bacaan ringan sentiasa kemas, teratur dan menarik.
- Membuat laporan apabila mendapati ada pengguna yang membuang sampah seperti kartas gula-gula, kertas tisu dan lain-lain setelah memberi amaran kepada pelajar berkenaan.
- Memastikan ruangan di Papan Kenyataan sentiasa ‘ up-to-date’ dengan maklumat terkini dan membuang mana-mana kenyataan yang dirasakan tidak diperlukan lagi.
- Memastikan pengguna tidak mengalihkan kerusi yang diletakkan di meja-meja
- Mengelap meja perpustakaan dan memastikan perpustakaan sentiasa kelihatan ceria
- Memastikan peralatan seperti pen, pensil dan lain-lain di kaunter berada dalam keadaan yang boleh berfungsi dan menukarkannya apabila perlu
Memeriksa keluar masuk pelajar
- Memeriksa kemasukan pelajar ke perpustakaan agar tidak membawa masuk bahan-bahan yang tidak dibenarkan seperti buku rujukan persendirian, fail dan sebagainya.
- Memeriksa pelajar yang keluar agar mereka tidak membawa keluar buku-buku perpustakaan atau bahan-bahan perpustakaan tanpa kebenaran.
Pengawas Sudut Bacaan di Kantin, laluan koperasi dan teratak minda
- Meletakkan buku-buku di sudut bacaan di kantin, laluan koperasi dan teratak minda.
- Mengambil kembali buku tersebut dan disimpan di perpustakaan setelah perpustakaan di tutup.
- Memastikan buku-buku sentiasa berada dalam keadaan tersusun.
- Memastikan sudut bacaan ini sentiasa bersih dan kemas.
Pengawas Media Elektronik
- Menjaga alat-alat di dalam bilik tersebut.
- Merekod pinjaman alat-alat elektronik.
- Memastikan pinjaman dibuat dengan betul dan dikembalikan
- Memastikan papan hitam sentiasa bersih dan pemadam serta kapur tulis berada di tempatnya.
- Membantu mengurus alat-alat pandang dengar (Perkakasan dan perisian)
- Membantu membaik pulih bahan-bahan yang rosak
- Menjaga kebersihan bilik media elektronik.
- Memastikan rak sentiasa kemas, menarik dan teratur
- Memastikan kerusi berada dalam keadaan teratur
- Menjalankan tugas-tugas lain sebagaimana yang diarahkan oleh guru Media Elektronik.
Pengawas Bilik BBM
- Menyusun, mengemas, membersih bilik BBM
- Membantu menyediakan bahan-bahan
- Menjaga alat-alat yang terdapat dalam bilik BBM
- Membantu mambaik pulih bahan-bahan yang rosak
- Menjalankan tugas-tugas seperti yang diarahkan oleh guru BBM.
Pengawas PAK
- Menjaga alat-alat di bilik PAK dan merekodkan pinjamannya
- Menjaga alat-alat di bilik PAK dan merekodkan pinjamannya
- Memastikan pinjaman dibuat dengan betul dan dikembalikan
- Memastikan ‘white board’ sentiasa bersih dan ‘maker pen’ serta pemadam berada di tempatnya.
- Membantu membaik pulih bahan-bahan yang rosak
- Menjaga kebersihan bilik PAK
- Memastikan rak sentiasa kemas, menarik dan teratur
- Menjalankan tugas sebagaimana yang diarahkan oleh guru PAK