Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung Laman Blog Pusat Sumber SMKLG. Semoga semua warga SMKLG khususnya dan juga warga siber amnya memperoleh maklumat bermanfaat daripada laman ini. Terima kasih.


Senarai Tugas Kerani Perpustakaan

  • Menaip pesanan buku, bibliografi, surat, laporan, kad katalog dan sebagainya.

  • Mengedar buku, memeriksa buku yang dikembalikan, menghantar notis bagi buku-buku yang lewat dikembalikan,  membuat taburan edaran harian dan bulanan serta statistik kedatangan.

  • Menjaga kebersihan dan susunan bilik perpustakaan, menjaga dan mengemas buku-buku atas para dan majalah di tempatnya.

  • Mempamerkan buku-buku yang dipulangkan dan buku-buku baru.

  • Memproses buku, membuka kotak-kotak buku baru dan menyemak invois, meletak cop hak milik sekolah pada buku, menulis nombor peralihan, menulis nombor panggilan pada tulang buku, melekatkan kocek buku dan slip tarikh pulangan, memfail katalog mengikut abjad.

  • Tugas-tugas lain :

  1. Membantu guru perpustakaan
  2. Merekod stok
  3. Menyemak majalah dan menyimpan fail majalah kebelakangan
  4. Menyediakan clipping dan gambar-gambar untuk fail tegak
  5. Menyediakan risalah untuk fail tegak
  6. Membaiki buku yang rosak
  7. Membantu dalam mengelolakan pameran dan papan kenyataan.