Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung Laman Blog Pusat Sumber SMKLG. Semoga semua warga SMKLG khususnya dan juga warga siber amnya memperoleh maklumat bermanfaat daripada laman ini. Terima kasih.


Senarai Tugas Guru PSS VI (Unit PAK)

  • Membantu GPM dalam pengelolaan, pentadbiran dan menguruskan penggunaan PSS.

  • Melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh jawatankuasa induk.

  • Menyediakan buku rekod penggunaan bilik PAK, dan memastikan pelajar dan guru membuat catatan pada buku berkenaan semasa menggunakannya.

  • Mengurus dan mengelolakan bahan- bahan di bilik PAK serta penggunaan bahan tersebut dengan kerjasama para guru.

  • Membantu menyelaras PSS dalam memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan bahan-bahan sumber di PSS kepada guru-guru lain, kerani PSS (jika ada), murid pembantu PSS dan murid-murid.

  • Bekerjasama dengan GPM dalam pemilihan dan latihan kepada murid pembantu PSS.

  • Bertanggungjawab mengenai penyusunan bahan-bahan buku, majalah, risalah, fail tegak dan bahan-bahan sumber lain yang terdapat di bilik PAK

  • Membuat penilaian mengenai perkhidmatan dan penggunaan bilik PAK.

  • Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran dan GPM.