Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung Laman Blog Pusat Sumber SMKLG. Semoga semua warga SMKLG khususnya dan juga warga siber amnya memperoleh maklumat bermanfaat daripada laman ini. Terima kasih.


Senarai Tugas Guru PSS II (Unit BBM)

  • Membantu GPM dalam pengelolaan, pentadbiran dan menguruskan penggunaan PSS.

  • Melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh jawatankuasa induk.

  • Menyediakan pelbagai buku rekod penggunaan alat bantu mengajar dan memastikan para guru membuat catatan pada buku berkenaan.

  • Memproses alat bantu mengajar yang diterima daripada KPM/JPN, PSPN, PPD atau lain-lain sumber dan merekodkan bahan-bahan tersebut dalam buku stok PSS.

  • Mengurus dan mengelolakan penghasilan bahan serta penggunaan bahan tersebut dengan kerjasama para guru.

  • Membantu menyelaras PSS dalam memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan bahan-bahan sumber di PSS kepada guru-guru lain, kerani PSS (jika ada), murid pembantu PSS dan murid-murid.

  • Bekerjasama dengan GPM dalam pemilihan dan latihan kepada murid pembantu PSS.

  • Mengesyorkan dan menggalakkan penggunaan bahan-bahan sumber bagi meninggikan tahap pencapaian pembelajaran dan pengajaran guru.

  • Membantu kerja-kerja memesan dan menerima bahan-bahan bantu mengajar seperti carta, nota, model, realia, mock up dan sebagainya.

  • Memproses, mengelas dan mengkatalog bahan-bahan bantu mengajar yang diterima.

  • Bertanggungjawab mengenai penyusunan bahan-bahan mengajar di PSS.

  • Bertanggungjawab membaikpulih, menyemak dan menghapuskira bahan-bahan mengajar dengan kerjasama guru-guru PSS I, III, IV, V dan VI.

  • Membuat penilaian tentang perkhidmatan dan penggunaan bahan bantu mengajar.

  • Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran dan GPM.