Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung Laman Blog Pusat Sumber SMKLG. Semoga semua warga SMKLG khususnya dan juga warga siber amnya memperoleh maklumat bermanfaat daripada laman ini. Terima kasih.


Senarai Tugas Guru PSS III (Unit Media Elektronik)

  • Membantu GPM mengelola, mentadbir, dan mengurus penggunaan PSS.

  • Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Unit Elektronik.

  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh jawatankuasa induk.

  • Bertanggungjawab mengurus pinjaman dan pemulangan bahan-bahan di bilik Elektronik.

  • Menyediakan pelbagai laporan  log harian kepada Jawatankuasa Induk.

  • Menjalankan tugas sebagai pembaikpulih peringkat pertama.

  • Bertanggungjawab dalam memastikan rangkaian tempatan berfungsi.

  • Hendaklah memberi laporan kepada Pengetua dari semasa ke semasa.

  • Menjalankan kerja-kerja pengelasan dan pengkatalogan bahan-bahan perisian Unit Elektronik.

  • Membuat catatan dan melapor dengan segera kerosakan atau masalah teknikal kepada Juru Teknik Unit Elektronik

  • Menyediakan dan menyesuaikan jadual waktu TVP/RP dengan jadual waktu sekolah serta menguruskan penilaian pada TVP/RP dari semasa ke semasa.

  • Mengadakan buku rekod penggunaan TVP/RP dan lain-lain media teknologi serta mempastikan guru-guru membuat catatan pada buku rekod berkenaan.

  • Menyediakan laporan mengenai penggunaan rancangan TVP/RP dan bahan-bahan media teknologi lain kepada jawatankuasa pentadbiran PSS.

  • Memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan teknologi di PSS kepada guru-guru lain, kerani PSS jika ada, murid pembantu PSS dan murid-murid lain.

  • Bekerjasama dengan GPM dalam memilih dan melatih murid pembantu PSS.

  • Mengesyorkan dan menggalakkan penggunaan sumber-sumber untuk menggalakkan kegiatan-kegiatan kokurikulum dan meninggikan tahap pembelajaran dan pengajaran.

  • Mengurus dan mengelolakan usaha-usaha produksi dan duplikasi sumber-sumber perisian media teknologi di PSS.

  • Bertanggungjawab dalam menyusun perkakas dan perisian media teknologi di PSS agar sentiasa dalam keadaan baik.

  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh GPM, Penolong Kanan Pentadbiran atau Pengetua.