- Membantu GPM dalam mengelola penggunaan perpustakaan.
- Melaksanakan aktiviti yang dirancang.
- Bekerjasama dengan GPM dalam pemilihan dan latihan untuk murid pembantu PSS.
- Memberi pendedahan dan latihan dalam penggunaan sumber-sumber di PSS kepada guru-guru lain, kerani PSS dan murid pembantu PSS.
- Membantu menyelaras PSS dalam kerja-kerja memesan dan menerima buku-buku dan bahan-bahan sumber lain.
- Mendapatkan kerjasama guru-guru lain untuk memilih dan memesan buku-buku, majalah dan bahan lain yang sesuai.
- Memproses bahan-bahan buku, majalah, risalah dan bahan-bahan sumber lain.
- Bertanggungjawab mengenai penyusunan bahan-bahan buku, majalah, risalah, fail tegak dan bahan-bahan sumber lain agar terurus dengan sistematik.
- Bertanggungjawab membaiki, menyemak dan menghapuskira bahan-bahan buku dan bahan-bahan sumber lain dengan kerjasama guru PSS II, III, IV, V dan VI.
- Membantu menggalakkan penggunaan sumber-sumber di perpustakaan dalam meninggikan tahap pencapaian pembelajaran dan pengajaran.
- Membuat penilaian mengenai perkhidmatan dan penggunaan PSS.
- Mengadakan buku rekod dan borang penggunaan perpustakaan dan memastikan guru dan murid membuat catatan dalam buku tersebut.
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penyelaras PSS, Penolong Kanan Pentadbiran atau Pengetua.