- Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6-8 waktu seminggu.
- Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah.
- Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah.
- Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini.
- Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
- Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
- Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
- Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
- Bekerjasama dengna guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasakan sumber secara kolaboratif.
- Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan NegeriPKG/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.
- Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.
- Menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat JK Induk/Kerja Pusat Sumber Sekolah.
- Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Smber Sekolah.
- Melaksanakan tugas semakan sto dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.
- Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri.
- Menjalankan penyelidikan/ kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
- Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.
- Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.