Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung Laman Blog Pusat Sumber SMKLG. Semoga semua warga SMKLG khususnya dan juga warga siber amnya memperoleh maklumat bermanfaat daripada laman ini. Terima kasih.


Fungsi PSS


  • Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum.

  • Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.

  • Merupakan tempat bahan pengajaran-pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.

  • Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.

  • Memberi panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.

  • Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.

  • Menyediakan peluang pelajar mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri.

  • Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan  dan teknologi.

  • Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.