Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung Laman Blog Pusat Sumber SMKLG. Semoga semua warga SMKLG khususnya dan juga warga siber amnya memperoleh maklumat bermanfaat daripada laman ini. Terima kasih.


Matlamat PSS

PSS mempunyai matlamat untuk mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah serta membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin. Pada tahun 2010, murid-murid akam menguasai pembelajaran melalui bahan bercetak dan bahan berbentuk elektronik terutamanya dengan penggunaan komputer – CAI (Computer Assisted Instruction) atau CAL (Computer Assisted Learning). Sekolah perlu menyediakan kemudahan komputer yang disambung dengan internet untuk digunakan oleh pelajar-pelajar bagi mendapatkan maklumat tambahan.