Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung Laman Blog Pusat Sumber SMKLG. Semoga semua warga SMKLG khususnya dan juga warga siber amnya memperoleh maklumat bermanfaat daripada laman ini. Terima kasih.


Senarai Tugas Jawatankuasa Induk

  • Merancang pewujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangan.


  • Menentukan memastikan segala kemudahan fizikal PSS adalah lengkap. Contohnya ; bilik, perabot, bekalan elektrik dan kemudahan asas yang lain.


  • Mendapat bahan-bahan yang diperlukan oleh PSS.

  • Menentukan sumber kewangan PSS dan cara perbelanjaannya.

  • Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak, buku dan lain-lain, media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar.

  • Menyediakan anggaran perbelanjaan mengurus PSS.

  • Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain.

  • Merangka strategi perkembangan PSS, iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang, keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.

  • Merancang aktiviti-aktiviti PSS, iaitu mengadakan pameran-pameran dan aktiviti-aktiviti menggalakkan kepada penggunaan bahan-bahan PSS.

  • Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu  dalam bentuk moral dan material. Contohnya wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya.